Monday, August 17, 2009

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005 page 5

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT
DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2005


PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut:
BAHAGIAN I

PERMULAAN


Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.


(2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 1 Mei 2005.


Pemakaian

2. Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian X Perlembagaan Persekutuan, Peraturan-Peraturan ini hendaklah terpakai bagi semua pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.


Pemakaian tatacara pelantikan

3. (1) Tatacara yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan ini bagi membuat pelantikan ke dalam perkhidmatan awam di bawah bidang kuasa suatu Suruhanjaya hendaklah terpakai bagi semua pelantikan tetap atau sementara, melainkan
pelantikan tertentu yang dikecualikan oleh Suruhanjaya.


(2) Tatacara pelantikan bagi pegawai kontrak hendaklah ditentukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.


Tafsiran
4. Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“jabatan” termasuklah—
(a) sesuatu Kementerian;
(b) sesuatu Jabatan Persekutuan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri, atau daerah dalam Persekutuan;
(c) sesuatu Jabatan Persekutuan di luar negara; dan
(d) mana-mana entiti lain dalam perkhidmatan awam sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam;


mukasurat 5

No comments: